HARI PENGUNDIAN AJK BARU PMFIK 2019/2020

Pada 23 Januari 2020 yang lalu, proses pembuangan undi bagi pemilihan ahli jawatankuasa PMFIK baru bagi sesi 2019/2020 telah dijalankan.

Proses pengundian diadakan di Bilik Gerak Kerja PMFIK, di blok D3 dan bermula sekitar jam 9 pagi. Seawal jam 8.30 pagi lagi ada sebahagian pelajar yang sudah berkumpul diluar bilik, bagi melakukan proses pembuangan undi. Seramai 32 calon yang bertanding dan hanya 15 kerusi sahaja yang tersedia.

Proses pengundian menggunakan cara sistem atas talian iaitu dengan menggunakan applikasi Google Form. Sebanyak lima buah komputer riba diguna pakai semasa hari kejadian. Keadaan pada hari kejadian berjalan dengan begitu lancar namun bilangan pelajar yang keluar mengundi sedikit mengecewakan. Hanya seramai 201 orang pelajar sahaja yang keluar mengundi.

Pada jam 3.30 petang proses pengundian ditamatkan. Sekitar jam 4 petang senarai calon baru AJK PMFIK 2019/2020 dikeluarkan dan dihebahkan ke semua platform media sosial PMFIK.

123

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 08/04/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin