LAWATAN PELAJAR PUSAT ASASI SAINS DAN PERUBATAN (PUSPA)

26 Februari 2020 – Pihak Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah menerima kunjungan mesra daripada Pelajar Pusat Asasi Sains Dan Perubatan (PUSPA). Ketibaan rombongan lawatan telah disambut oleh Prof Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany yang merupakan Penyelaras Promosi dan Komuniti, Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK).

Taklimat ringkas selamat datang telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany kepada 115 orang pelajar PUSPA. Turut sama adalah pensyarah Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK),   staf pentadbiran FIK dan barisan ahli PMFIK.   Didalam lawatan PUSPA ini, pelajar dipecahkan kepada 5 kumpulan bersama 2 orang pensyarah pengiring iaitu Dr. Nurul Najidah bt Mohamed dan Dr. Siti Maisarah bt Aziz. Rombongan pelajar tersebut di bawa melawat ke makmal dan studio yang terdapat di FIK di antaranya Studio Audio, Studio Fotografi, Makmal Rangkaian (Cisco), Makmal iMac dan Makmal VR.

Lawatan ini telah mendapat maklumbalas yang baik daripada semua pelajar dimana mereka amat teruja lagi kagum dengan teknologi yang canggih dan fasiliti yang berkelas tinggi. FIK mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjumpa lagi Di FIK sebagai sebahagian warga FIK.

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 08/04/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin