Jabatan & Unit

  • Jabatan Sains Komputer
  • Jabatan Teknologi Maklumat
  • Jabatan Multimedia
  • Unit Teknikal dan Teknologi
  • Unit Pentadbiran dan Kewangan
Peranan Jabatan Sains Komputer
1. Menjadi pusat pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang dengan menawarkan program akademik dalam bidang sains komputer yang memenuhi standard bagi keperluan industri dan Negara.
2. Menawarkan kursus sokongan bagi keperluan program akademik lain yang ditawarkan oleh universiti.
3. Memberi khidmat nasihat dan kaunseling akademik kepada pelajar untuk persediaan karier professional di dalam bidang sains komputer.
4. Menjadi pusat penyelidikan, inovasi dan perkongsian pengetahuan dalam bidang sains komputer.
5. Menyediakan sumber tenaga pakar dan khidmat perundingan yang berkaitan dengan sains komputer.

Peranan Jabatan Teknologi Maklumat
1. Menjadi pusat pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang dengan menawarkan program akademik dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi yang memenuhi standard bagi keperluan industri dan Negara.
2. Menawarkan kursus sokongan bagi keperluan program akademik lain yang ditawarkan oleh universiti.
3. Memberi khidmat nasihat dan kaunseling akademik kepada pelajar untuk persediaan karier professional di dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
4. Menjadi pusat penyelidikan, inovasi dan perkongsian pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
5. Menyediakan sumber tenaga pakar dan khidmat perundingan yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi.


Peranan Jabatan Multimedia

1. Menjadi pusat pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang dengan menawarkan program akademik dalam bidang teknologi multimedia dan komunikasi yang memenuhi standard bagi keperluan industri dan Negara.
2. Menawarkan kursus sokongan bagi keperluan program akademik lain yang ditawarkan oleh universiti.
3. Memberi khidmat nasihat dan kaunseling akademik kepada pelajar untuk persediaan karier professional di dalam bidang teknologi multimedia dan komunikasi.
4. Menjadi pusat penyelidikan, inovasi dan perkongsian pengetahuan dalam bidang teknologi multimedia dan komunikasi.
5. Menyediakan sumber tenaga pakar dan khidmat perundingan yang berkaitan dengan teknologi multimedia dan komunikasi.

Peranan Unit Teknikal dan Teknologi
1. Merancang, membangun dan menyenggara aplikasi laman web dinamik Fakulti.
2. Mengurus dan mentadbir komputer pelayan fakulti yang mengawal sistem dalaman, projek pelajar, projek penyelidikan pensyarah dan lain-lain.
3. Menyelaras projek perundingan ICT dengan organisasi luar.
4. Merancang, membangun dan menyenggara Pusat Sumber Maya dan web portal Fakulti.
5. Merancang dan menyelaras program latihan jangka pendek yang dirancang oleh fakulti untuk kakitangan UniSZA dan masyarakat luar.
6. Mengurus dan menyelia makmal komputer di Fakulti.
7. Menyelaras perolehan dan pembelian perkakasan dan perisian yang diperlukan oleh fakulti untuk tujuan akademik dan penyelidikan.
8. Menyelaras hubungan fakulti dengan badan profesional dan industri luar seperti Microsoft, Oracle, CISCO dan sebagainya.

Peranan Unit Pentadbiran dan Kewangan
1. Unit pentadbiran dan kewangan FIT bertanggung jawab untuk mengurus dan menyelaras hal ehwal Pentadbiran dan Kewangan fakulti melalui perancangan kewangan serta perkhidmatan yang berkualiti untuk mencapai misi dan visi Fakulti Informatik dan UniSZA.
2. Unit Pentadbiran dan Kewangan diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir (N27) dan dibantu tiga orang Pembantu Tadbir (N17) dan Pembantu Am Pejabat (N1).
3. Unit ini bertanggungjawab untuk memberi pelbagai perkhidmatan yang menjurus kepada Pentadbiran dan Kewangan Fakulti. Ini bagi membolehkan Fakulti melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih efisien, berkualiti dan mempraktikkan amalan-amalan pentadbiran yang tinggi dalam sektor awam.
4. Unit Pentadbiran dan Kewangan FIT adalah merupakan sebuah unit yang menawarkan perkhidmatan yang berkualiti bagi melahirkan pemimpin yang mampu menerajui pelbagai bidang di persada antarabangsa.

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 05/05/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin