Syarat-syarat Kemasukan

Syarat Kemasukan Sarjana Sains Komputer

i.   Mempunyai ijazah kepujian di dalam Sarjana Muda Sains Komputer atau yang setara dengannya dan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.0 daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat UniSZA;

ATAU

ii.  Bagi calon yang mempunyai ijazah kepujian di dalam Sarjana Muda Sains Komputer atau yang setara dengannya dan memperolehi PNGK di bawah 3.0 daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat UniSZA,

permohonan kemasukan akan diteliti berdasarkan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang yang berkaitan;

ATAU

iii.  Mempunyai ijazah sarjana muda kepujian di dalam mana-mana bidang daripada mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Senat UniSZA dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan tidak kurang dari lima (5) tahun.

Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer [Pembangunan Perisian] Dengan Kepujian

1. Kategori : STPM/Setaraf

SYARAT AM UNIVERSITI

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai.
dan
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
• Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;
dan
• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain

dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
• Mathematicss T /Further Mathematics T/ Mathematics S;
• Chemistry/ Physics/ Biology; dan
• Perakaunan / Pengkomputeran

dan
Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
• Matematik / Matematik tambahan
• mana-mana TIGA (3) mata pelajaran lain tidak termasuk Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia.

dan
Mendapat sekurang-kurangnya lulus pada peringkat SPM dalammata pelajaran berikut:
• Bahasa Inggeris

2. KATEGORI : MATRIKULASI
SYARAT AM UNIVERSITI

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

dan
Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:
• Mathematicss / Engineering Mathematics;
• Physics / Engineering Physics / Biology; dan
• Chemistry / Engineering Chemistry / Sains Komputer / Engineering Computing

dan
Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut;
• Matematik / Matematik Tambahan
• Mana-mana TIGA (3) mata pelajaran lain tidak termasuk Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia

dan
Mendapat sekurang-kurangnya lulus pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut;
• Bahasa Inggeris

3. KATEGORI : DIPLOMA
SYARAT AM UNIVERSITI

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

dan
Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

atau
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2007 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am;
atau
Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2007 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
atau
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2005 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid;

dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

dan
Menyertakan dokumen berikut yang telah disahkan kepada pihak Universiti:-
• Salinan Permohonan Aplikasi Dalam Talian;
• Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon;
• Salinan Sijil Kelahiran Calon, Ibu dan Bapa/Surat Akuan Sumpah (Jika hilang)
• Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan;
• Akuan Majikan (Jika Berkaitan);
• Salinan Sijil STPM/Setaraf;dan
• Salinan Transkrip penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir);
• Salinan Diploma/Sijil (Jika ada)
• Salinan sijil MUET;
• Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian;dan
• Salinan Keputusan Bahasa Melayu/ Matematik Julai (Jika ada)
MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
• Matematik / Matematik Tambahan
• Pendidikan Islam; dan
• Mana-mana DUA (2) mata pelajaran lain pada peringkat SPM.

Syarat Kemasukan Diploma Teknologi Maklumat

Syarat Kemasukan

Lulus dengan baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU GCE ‘O’ LEVEL ATAU kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. Mestilah mendapat sekurang-kurangnya LIMA ( 5 ) kepujian dalam mata pelajaran berikut :-

  1. Bahasa Melayu
  2. Matematik
  3. Pendidikan Islam atau SATU daripada mata pelajaran berikut :
    1. Pendidikan Syariah Islamiah
    2. Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
    3. Tasawwur Islam
    4. Bahasa Arab Komunikasi
    5. Bahasa Arab
  4. Dua Kepujian dalam mata pelajaran lain

SERTA

LULUS Bahasa Inggeris dengan baik.

Syarat Kemasukan Diploma Teknologi Multimedia

Syarat Kemasukan

Lulus dengan baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU GCE ‘O’ LEVEL ATAU kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. Mestilah mendapat sekurang-kurangnya LIMA ( 5 ) kepujian dalam mata pelajaran berikut :-

  1. Bahasa Melayu
  2. Matematik
  3. Pendidikan Islam atau SATU daripada mata pelajaran berikut :
    1. Pendidikan Syariah Islamiah
    2. Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
    3. Tasawwur Islam
    4. Bahasa Arab Komunikasi
    5. Bahasa Arab
  4. Dua Kepujian dalam mata pelajaran lain

SERTA

LULUS Bahasa Inggeris dengan baik.

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 05/05/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin