FIK ESPORT MANIA 2022

NAMA PROGRAM: FIK ESPORTS MANIA 2022

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN, PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEPA) DAN UniSZA ESPORTS CLUB

TARIKH: 15-17 DISEMBER 2022

MEDIUM: TIADA

TEMPAT: FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

 

 

AUDITORIUM FIK, UniSZA Kampus Besut, 17 Disember 2022- Seramai 53 orang jawatankuasa daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dan urusetia program telah mengadakan program FIK Esports Mania 2022. Program ini telah disertai oleh 184 orang pelajar Kampus Besut dengan majoriti peserta adalah pelajar daripada Fakulti Informatik dan Komputeran. Program ini berlangsung selama tiga hari bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kerjasama Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK).

Antara objektif utama program ini adalah mengurangkan tekanan dalam kalangan pelajar serta meningkatkan pengetahuan mahasiswa/i dalam bidang e-sukan selain mencungkil bakat mereka dalam bidang tersebut. Program ini juga bertujuan untuk merealisasikan misi dan visi Universiti untuk melahirkan mahasiswa/i yang bersifat holistik, serta aktif dalam kokurikulum selain dari segi akademik.

Para hari pertama program dijalankan (15 Disember 2022), permainan dimulakan dengan kehadiran peserta pada jam 8.00 malam di tempat yang telah ditetapkan bagi playoff permainan Mobile Legend, Genshin Impact dan PES Mobile dan berakhir pada jam 11.00 malam.

Para hari kedua (16 Disember 2022), permainan FIFA 22, Quarter Final PES Mobile dan playoff serta separuh akhir Valorant diadakan pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari. Pada jam 3.00 petang, permainan separuh akhir FIFA 22, Mobile Legends dan Stumble Guys dijalankan dan berakhir pada jam 6.00 petang. Program disambung semula pada jam 9.00 malam untuk memberi laluan kepada separuh akhir Mobile Legends, separuh akhir dan final PES MOBILE yang tamat pada jam 11.00 malam.

Pada hari terakhir program (17 Disember 2022), final bagi permainan Mobile Legends, Valorant, Genshin Impact dan FIFA 22 diadakan seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam

2.00 petang. Pada jam 3.00 petang, majlis penutupan program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu UniSZA, diikuti dengan bacaan doa.Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan oleh pengarah program.

Majlis penutup disempurnakan oleh ucapan daripada Dr. Nur Farraliza Mansor dan diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang. Majlis bersurai pada jam

4.10 petang dengan sesi bergambar. 

 

1. MOBILE LEGENDS

eS2.jpg eS3.jpg 



  1. VALORANT

eS6.jpg eS7.jpg

  1. GENSHIN IMPACT 

eS10.jpg

  1. eS11.jpg
  1. eS12.jpgEFOOTBAL 2023 (PES MOBILE)
       
  eS13.jpg   eS14.jpg

 

       
  eS15.jpg   eS16.jpg


5. STUMBLE GUYS

       
  eS17.jpg   eS18.jpg
   

 

6. FIFA 22

eS21.jpg

 

7. MAJLIS PENUTUP

 eS25.jpg

eS26.jpg

 

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 08/04/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin