KOLOKIUM DATA SCIENCE AND ITS APPLICATIONS

TARIKH: 20 NOVEMBER 2023 ( ISNIN )

TEMPAT: AL -KHWARIZMI LOUNGE, FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

ANJURAN: FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

 

20 November 2023 – Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) UniSZA Kampus Besut telah mengadakan satu Kolokium Data Science and its Applications yang berlangsung di Al – Khwarizmi Lounge, Fakulti Informatik dan Komputeran. Program ini telah melibatkan semua staf akademik FIK terdiri daripada para pensyarah.

Kolokium berkenaan merupakan satu perkongsian pengetahuan dan maklumat yang terkini mengenai Data Science. Salah satu pengisian pada program tersebut adalah sesi perkongsian ilmu dan perbincangan yang disampaikan oleh Prof. Dr. Mustafa bin Mat Deris, pensyarah Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) bertajuk “Data Science and its Applications”.

Objektif program ini diadakan adalah untuk mengenalpasti cabaran, peluang dalam penggunaan Data Science and its Applications serta berkongsi pengetahuan dan maklumat terkini tentang perkembangan dalam bidang Data Science and its Applications. Selain itu, dapat mengetahui tentang kelebihan dan kekurangan dalam penggunaan Data Science and its Applications.

Semoga program ini dapat memberi impak positif kepada para pensyarah FIK khususnya dan kepada UniSZA amnya.

 

                                    

                                

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 08/04/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin