FIK PERKUKUH HUBUNGAN ANTARABANGSA MELALUI PENGANJURAN WEBINAR

 

14 Disember 2023 - Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) dengan kerjasama Walailak University, Thailand dan Universitas Pembangunan Jaya (UPJ), Indonesia telah mengadakan International Webinar on “The Future Unveiled: IOT and AI in Perfect Harmony” pada 12 Disember 2023 (Selasa) secara dalam talian melalui aplikasi Webex, siaran langsung Facebook dan bersemuka di Dewan Auditorium, Blok D, FIK.

Prof. Madya Dr. Mohamad Afendee Mohamed selaku Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan) memulakan webinar ini dengan sesi perkongsian berkenaan kolaborasi dan ranking universiti serta perbincangan berkenaan kerjasama penyelidikan yang boleh dilaksanakan antara ketiga-tiga universiti.

Webinar diteruskan dengan sesi forum yang membincangkan tentang Internet of Things (IoT) dan Artificial Intelligence (AI) yang dikendalikan oleh Dr. Ong Yew Chuan selaku Moderator.

Panel yang terlibat dalam sesi forum adalah Dr. Md Eshraf E Alahi (Walailak University, Thailand), Asst Prof. Dr. Bukhoree Sahoh (Walailak University, Thailand), Dr. Mohammad Nasucha (Universitas Pembangunan Jaya, Indonesia) dan Dr. Azrul Amri Jamal (UniSZA)

Webinar ini berjaya mengumpulkan hampir 200 orang peserta dari tiga (3) buah negara yang hadir secara fizikal dan melalui pautan siaran langsung. Penganjuran ini mendapat maklum balas positif daripada semua peserta yang berpuas hati dengan input yang dikongsikan oleh 4 orang panel mengambil kira kepelbagaian budaya 3 buah negara ini. Besarlah harapan penganjur agar program ini akan menjadi rutin tahunan kami di fakulti dalam usaha mengeratkan lagi hubungan bersama dengan institusi akademik luar negara.

 

          

     

     

     

     

     

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 08/04/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin