PROGRAM KARNIVAL ISLAMIK

 

TARIKH                     : 13 DISEMBER 2023(RABU)

TEMPAT                   : FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

ANJURAN                : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PMFIK)

KERJASAMA           :    - PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL

                                          PELAJAR DAN ALUMNI (PTNC HEPA)

                                       - FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (FIK)

 

 

 

Pada 13 Disember 2023 telah berlangsungnya Program Karnival Islamik di Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), UniSZA Kampus Besut. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, dan Fakulti Informatik dan Komputeran yang melibatkan seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa UniSZA Kampus Besut. Sebanyak tiga pertandingan yang dianjurkan sepanjang program diadakan, antaranya ialah Fashionista, Seni Khat, dan Journal Tadabbur al-Quran. Pada hari tersebut, booth jualan juga telah dilaksanakan bagi memeriahkan majlis.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran pelajar - pelajar dalam aspek agama, budaya, dan sosial. Disamping itu, ia menyediakan platform untuk pembelajaran, penghayatan agama kepada pelajar - pelajar, memelihara, mempromosikan, dan menghargai seni, budaya, serta tradisi Islam. Selain itu, pertandingan yang diadakan sepanjang program ini berlangsung telah memberi peluang kepada pelajar - pelajar untuk menonjolkan bakat dan kemahiran mereka. Majlis penutupan telah dijalankan pada jam 4 Petang dan dirasmikan oleh Puan Maizan binti Mat Amin, pensyarah FIK bagi mewakili Dr. Wan Mohd Rizhan bin Wan Idris, penasihat PMFIK yang tidak dapat hadir atas urusan kerja. Majlis penutupan ini juga turut dihadiri oleh Dr. Normala binti Rahim, pensyarah FIK.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan lancar dengan jayanya. Perkara ini dapat dilihat melalui penglibatan semua ahli PMFIK yang menunjukkan komitmen dalam proses sepanjang menjayakan program ini dari awal sehinggalah penutup program. Terima kasih juga kepada para pelajar yang turut sudi hadir bagi memeriahkan majlis penutupan Program Karnival Islamik . Kesimpulannya, semoga program berunsur kerohanian ini dapat diteruskan di UniSZA Kampus Besut agar dapat lebih memeriahkan dan menghidupkan suasana di Fakulti Informatik dan Komputeran.

 

    

       
  is2.jpg   is3.jpg

   

       
  is4.jpg   is5.jpg

 

       
  is6.jpg   is7.jpg

 

       
  is8.jpg   is9.jpg

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 08/04/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin