Image

KATA ALUAN DEKAN

Segala puji bagi ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda.

Assalamualaikum Warahmatullah dan salam sejahtera.

Setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian kepada Allah swt.   Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua mahasiwa/siswi yang telah berjaya memasuki UniSZA sebagai wadah untuk terus menimba ilmu.

Seiring dengan matlamat UniSZA untuk menjadi sebuah universiti bertaraf antarabangsa yang cemerlang, pihak fakulti sentiasa berusaha untuk memperkasakan serta melengkapkan pelajar dengan pencapaian akademik dan sahsiah yang cemerlang dan terpuji.

Pihak fakulti juga sentiasa bersedia untuk membantu pelajar dalam mencapai kecemerlangan akademik serta membentuk sahsiah diri yang terpuji. Kecemerlangan dan kemahiran dalam bidang ilmu hanya dapat diperolehi melalui usaha yang gigih dan mempunyai matlamat yang jelas sebaik sahaja melangkah ke menara gading.

Justeru itu, mulakan menyusun langkah, mengatur strategi demi mencapai kejayaan yang cemerlang untuk agama, bangsa dan Negara. Akhir kata, semoga mahasiwa/siswi dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada sebagai warga Fakulti Informatik dan Komputeran.

Selamat belajar dan selamat maju jaya.

Wassalamualaikum.


Prof. Madya Dr. Ahmad Nazari Mohd Rose
Dekan, Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin.

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 23/09/2020 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin