
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan Kepujian mula ditawarkan pada Sesi Julai 2006/2007. Program ini telah memperoleh Akreditasi Separa daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA/PA 9641). Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan Kepujian adalah program pengajian sepenuh masa. Tempoh pengajian bagi program ini adalah tiga tahun setengah yang merangkumi TUJUH (7) SEMESTER iaitu enam (6) semester biasa dan enam (6) bulan latihan industri. Kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk setiap kursus dikendalikan melalui kuliah, tutorial, praktikal, pembentangan, projek dan latihan industri.
https://www2.mqa.gov.my/mqr/english/epapariptaAA.cfm?IDAkrKP=17890
Program ini bertujuan untuk memupuk teknologi perisian yang berbakat, berdaya saing dan bertanggungjawab yang akan mempromosikan tanggungjawab global melalui pengembangan perisian dalam menyokong aspirasi nasional dan ekonomi digital sejagat.
- Mengaplikasi pengetahuan, fakta, konsep dan teori sains komputer dalam bidang pembangunan perisian
- Menganalisa algoritma dan teknik bagi reka bentuk dan pengoptimuman penyelesaian komputeran dalam bidang pembangunan perisian
- Mengguna metodologi dan teknik yang bersesuaian bagi memodel, mereka bentuk, membangunkan dan menilai penyelesaian komputeran
- Mempamerkan interaksi berkesan dan akhlak mulia dengan pelbagai pelbagai pemegang taruh
- Mempraktikkan komunikasi efektif dengan pelbagai pemegang taruh
- Menggunakan kemahiran digital dalam menyelesaikan masalah yang berkait dengan bidang pembangunan perisian
- Mempamerkan kemahiran numerasi menyelesaikan masalah bidang pembangunan perisian.
- Menampilkan kepimpinan, kerja berpasukan, akauntabiliti, dan kebertanggungjawaban dalam melaksanakan perkhidmatan dan amanah berkait bidang pembangunan perisian
- Mempamerkan komitmen pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan akademik dan kemajuan karier
- Mempamerkan kesedaran minda keusahawanan dalam melaksanakan penyelesaian berdasarkan perubahan lanskap industri
- Menunjukkan amalan profesional dan beretika dalam melaksanakan perkhidmatan dan amanah berkait dengan pembangunan perisian
- Jurutera Perisian
- Jurutera sistem komputer
- Penganalis sistem komputer
- Jurutera rangkaian komputer
- Pengaturcara komputer
- Pengaturcara web
- Pentadbir pengkalan data
- Penyelidik
- Usahawan ICT teknokrat
Sesi 2023/2024
Bil | Kod baharu | Kursus | Jam Kredit |
---|---|---|---|
1 | MPU33012 / MPU33022 |
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN / BAHASA MELAYU ASAS 1 (PELAJAR ANTARABANGSA) |
2 |
2 | MPU33012 / MPU33022 |
ILMU WAHYU DAN SAINS (ISLAM) / MORAL DAN ETIKA II (BUKAN ISLAM) |
2 |
3 | PBI10102 | ENGLISH FOR COMMUNICATION I | 2 |
4 | CSF 12003 | PROBLEM SOLVING AND COMPUTER PROGRAMMING | 3 |
5 | CSF 12103 | COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECTURE | 3 |
6 | CSF 12203 | HUMAN MACHINE INTERACTION | 3 |
7 | CSF 12303 | SOFTWARE ENGINEERING METHODS | 3 |
18 |
Bil | Kod baharu | Kursus | Jam Kredit |
---|---|---|---|
1 | MPU33032 / MPU33042 |
ILMU WAHYU DAN KEMASYARAKATAN (ISLAM) / PERBANDINGAN AGAMA II (BUKAN ISLAM) |
2 |
2 | MPU31062 | FALSAFAH DAN ISU SEMASA | 2 |
3 | MPU32092 | ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN | 2 |
4 | PBI10202 | ENGLISH FOR COMMUNICATION II* | 2 |
5 | CSF 10103 | MATHEMATICS FOR COMPUTER SCIENCE | 3 |
6 | CSF 10203 | FUNDAMENTALS OF COMPUTER SYSTEMS | 3 |
7 | CSF 12403 | OBJECT ORIENTED PROGRAMMING | 3 |
8 | KK* **** | KOKURIKULUM | 3 |
18 |
Bil | Kod baharu | Kursus | Jam Kredit |
---|---|---|---|
1 | CSF 20403 | NETWORK AND SECURITY FUNDAMENTALS | 3 |
2 | CSF 20303 | OPERATING SYSTEMS | 3 |
3 | CSF 20103 | DISCRETE STRUCTURE AND APPLICATION | 3 |
4 | CSD 23403 | SYSTEM ANALYSIS AND DESIGN | 3 |
5 | CSF 21503 | DATABASE | 3 |
6 | CSD 23703 | DATA ANALYTICS | 3 |
18 |
Bil | Kod baharu | Kursus | Jam Kredit |
---|---|---|---|
1 | CSF 20203 | ALGORITHMS DESIGN AND ANALYSIS | 3 |
2 | ITF 30103 | INFORMATION SECURITY | 3 |
3 | CSD 23603 | SOFTWARE PROJECT MANAGEMENT | 3 |
4 | CSD 20103 | MOBILE APPLICATION FRAMEWORK | 3 |
5 | CSD 23503 | WEB APPLICATION DEVELOPMENT | 3 |
6 | PBI10*** | BAHASA ASING | 2 |
7 | FREE MODULE I | 3 | |
20 |
Bil | Kod baharu | Kursus | Jam Kredit | |
---|---|---|---|---|
1 | CSF 30103 | SOCIAL AND PROFESSIONAL ETHICS | 3 | |
2 | CSF 35304 | FINAL YEAR PROJECT I* | 4 | |
3 | CSD 34003 | SOFTWARE TESTING AND ANALYSIS | 3 | |
4 | CSD 34103 | SOFTWARE DEVELOPMENT WORKSHOP | 3 | |
5 | FREE MODULE II | 3 | ||
6 | FREE MODULE III | 3 | ||
19 |
* Prasyarat : CSF35104 has taken all the core and specialization courses until Year 2
Bil | Kod baharu | Kursus | Jam Kredit |
---|---|---|---|
1 | CSF 35503 | ARTIFICIAL INTELLIGENCE | 3 |
2 | CSF 35404 | FINAL YEAR PROJECT II* | 4 |
3 | CSD 34303 | DATA MINING | 3 |
4 | CSD 34203 | SPECIAL TOPICS IN SOFTWARE DEVELOPMENT | 3 |
5 | CSD 34403 | ADVANCED DATABASE | 3 |
6 | FREE MODULE IV | 3 | |
19 |
Bil | Kod baharu | Kursus | Jam Kredit |
---|---|---|---|
1 | CSF 45512 | INDUSTRIAL TRAINING | 12 |
12 |
- Mendapat sekurang- kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat STPM
DAN - Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana DUA(2) mata pelajaran pada peringkat STPM tidak termasuk Pengajian Am
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran berikut pada peringkat STPM
- Mathematics(T) / Mathematics(M)
- Information and Communication Technology / Physics / Chemistry / Biology
ATAU - Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM
- Mathematics / Additional Mathematics
- Science / Physics / Chemistry / Biology / Additional Science / Lukisan Kejuruteraan / Reka Cipta / Sains Komputer / Grafik Komunikasi Teknikal / Produksi Multimedia / Grafik Berkomputer / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
DAN - Mendapat sekurang-kurangnya MUET Tahap 2 (BAND 2)
- Mendapat sekurang- kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat Matrikulasi / Asasi
DAN
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Mathematics pada peringkat Matrikulasi / Asasi
ATAU
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM
- Mathematics
- Science / Physics / Chemistry / Biology / Additional Science / Lukisan Kejuruteraan / Reka Cipta / Sains Komputer / Grafik Komunikasi Teknikal / Produksi Multimedia / Grafik Berkomputer / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
DAN - Mendapat sekurang-kurangnya MUET Tahap 2 (BAND 2)
- Mendapat sekurang- kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat Diploma dalam bidang Sains Komputer / Kejuruteraan Perisian / Teknologi Maklumat / Sistem Maklumat / Rangkaian Komputer / Pengaturcaraan / Komputeran Internet / Pembangunan Perisian / Sains Data / Kejuruteraan Elektrik / Elektronik / Kejuruteraan Komputer / Matematik / Matematik Komputeran/ Kejuruteraan / Diploma dalam bidang berkaitan.
ATAU - Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM) daripada salah satu bidang Teknologi Sistem Komputer Dan Rangkaian / Multimedia Kreatif (Animasi) / Reka bentuk Grafik Industri (Media Cetak) / Sistem Pengurusan Pangkalan Data Dan Aplikasi Web.
DAN - Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
DAN - Mendapat sekurang-kurangnya Gred C Matematik pada peringkat SPM
DAN - Mendapat sekurang-kurangnya MUET Tahap 2 (BAND 2)
- Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan pada peringkat STAM
DAN - Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM
- Mathematics / Additional Mathematics
- Science / Physics / Chemistry / Biology / Additional Science / Lukisan Kejuruteraan / Reka Cipta / Sains Komputer / Grafik Komunikasi Teknikal / Produksi Multimedia / Grafik Berkomputer / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
DAN - Mendapat sekurang-kurangnya MUET Tahap 2 (BAND 2)
Jangkamasa program ini adalah tiga (3) tahun setengah yang terdiri daripada enam (6) semester biasa dan enam (6) bulan Latihan Industri.