Strategi Penyelidikan

Kami @FIK berhasrat untuk mengukuhkan penyelidikan melalui penghasilan output yang berkualiti dan memupuk persekitaran yang berteraskan penyelidikan ke dalam kakitangan akademik dan pelajar kami dari awalan kehidupan di universiti.

Untuk mencapai matlamat ini, bantuan dalam bentuk teknikal dan kewangan biasanya disalurkan secara berkala kepada penyelidik melalui projek-projek penyelidikan mereka. Kami percaya kakitangan kami mesti dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang penyelidikan masing-masing. Hanya dengan cara ini kami akan dapat menghasilkan output penyelidikan yang tinggi nilainya samada dalam bentuk artikel yang berkualiti, produk yang diterima pakai dengan baik dan pelajar yang berilmu pengetahuan tinggi. Terdapat banyak geran penyelidikan disediakan pada peringkat universiti dan juga kerajaan untuk menyokong pembangunan dan penyempurnaan sesuatu projek.

Bagi tujuan pengkomersilan produk yang berpotensi, kami menyediakan laluan dan mekanisme untuk memudahkan para penyelidik terlibat dengan industri untuk sebarang kemungkinan kerjasama. Kerjasama industri telah memainkan peranan yang penting untuk menjamin kejayaan penembusan produk ke pasaran. Selain itu, kami juga menggalakkan keusahawanan di kalangan pelajar dengan menyediakan kemudahan melalui sebuah entiti universiti yang dikenali sebagai hub digital UniSZA bagi mereka yang berminat untuk memulakan syarikat mereka sendiri.

Dari masa ke masa, kami juga mendekati masyarakat bagi menyuburkan usaha kami untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat. Sesi perbincangan dan aktiviti pemindahan ilmu secara berkala diadakan dengan sekolah-sekolah terdekat. Juga tidak kurang pelbagai pameran dan pesta untuk tujuan ramah-mesra dengan masyarakat setempat.

Dalam mencapai matlamat ini, kami sentiasa menegaskan kepentingan etika sewaktu bekerja di kalangan kakitangan kami. Kerja-kerja mesti dijalankan dengan sikap penuh beretika dan terhormat. Pada masa yang sama, kami juga tegas menentang plagiarisme yang dilihat berleluasa pada masa kini.

Image
Applied Probability & Stochastic Analysis
Image
Data mining, Machine Learning & Statistics
Image
Communication & Networking
Image
Graphics, Vision, Art, Interaction
Image
Virtual, Augmented and Mixed Realities
Image
Fuzzy Systems and Soft Computing
Image
e-Learning
Kemudahan Makmal

Fakulti menyediakan kemudahan makmal untuk para penyelidik

  • Makmal data mining
  • Makmal sekuriti

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 17/01/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin