
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Internet) dengan Kepujian mula ditawarkan pada Semester I Sesi 2014/2015. Program ini telah memperoleh Akreditasi Penuh MQA/FA 2934 daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bermula 7 Disember 2017. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Internet) dengan Kepujian adalah program pengajian sepenuh masa. Tempoh pengajian bagi program ini adalah tiga tahun setengah yang merangkumi TUJUH (7) SEMESTER iaitu enam (6) semester biasa dan enam (6) bulan latihan industri. Kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk setiap kursus dikendalikan melalui kuliah, tutorial, praktikal, pembentangan, projek dan latihan industri.
https://www2.mqa.gov.my/mqr/english/epapariptaAA.cfm?IDAkrKP=16309
- Mengaplikasi pengetahuan, fakta, konsep dan teori sains komputer dalam bidang komputeran internet
- Menganalisa algoritma dan teknik bagi reka bentuk dan pengoptimuman penyelesaian komputeran dalam bidang komputeran internet
- Mengguna metodologi dan teknik yang bersesuaian bagi memodel, mereka bentuk, membangunkan dan menilai penyelesaian komputeran
- Mempamerkan interaksi berkesan dan akhlak mulia dengan pelbagai pelbagai pemegang taruh
- Mempraktikkan komunikasi efektif dengan pelbagai pemegang taruh
- Menggunakan kemahiran digital dalam menyelesaikan masalah yang berkait dengan bidang komputeran internet
- Mempamerkan kemahiran numerasi menyelesaikan masalah bidang komputeran internet
- Menampilkan kepimpinan, kerja berpasukan, akauntabiliti, dan kebertanggungjawaban dalam melaksanakan perkhidmatan dan amanah berkait bidang komputeran internet
- Mempamerkan komitmen pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan akademik dan kemajuan karier
- Mempamerkan kesedaran minda keusahawanan dalam melaksanakan penyelesaian berdasarkan perubahan lanskap industri
- Menunjukkan amalan profesional dan beretika dalam melaksanakan perkhidmatan dan amanah berkait dengan komputeran internet
- Pembangun Web
- Pembangun sistem informasi
- Pembangum e-commerce
- Pembangun aplikasi mudah alih
- Penganalisis e-Business
- Jurutera pengkalan data
- Jurutera keselamatan komputer
- Penganalisis sistem
- Penyelidik
- Usahawan ICT teknokrat
Sesi 2023/2024
Bil | Kod baharu | Kursus | Jam Kredit |
---|---|---|---|
1 | MPU 310722 / MPU 31042 |
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN / BAHASA MELAYU ASAS 1 (PELAJAR ANTARABANGSA) |
2 |
2 | MPU 33012 / MPU 33022 |
ILMU WAHYU DAN SAINS ( ISLAM ) / MORAL DAN ETIKA II ( BUKAN ISLAM ) |
2 |
3 | PBI10102 | ENGLISH FOR COMMUNICATION I | 2 |
4 | CSF12003 | PROBLEM SOLVING AND COMPUTER PROGRAMMING | 3 |
5 | CSF12103 | COMPUTER ORGANIZATION AND ARCHITECTURE | 3 |
6 | CSF12203 | HUMAN MACHINE INTERACTION | 3 |
7 | CSF12303 | SOFTWARE ENGINEERING METHODS | 3 |
18 |
Bil | Kod baharu | Kursus | Jam Kredit |
---|---|---|---|
1 | MPU33032 / MPU33042 |
ILMU WAHYU DAN KEMASYARAKATAN (ISLAM)/ PERBANDINGAN AGAMA II (BUKAN ISLAM) |
2 |
2 | MPU31062 | FALSAFAH DAN ISU SEMASA | 2 |
3 | MPU32092 | ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN | 2 |
4 | PBI10202 | ENGLISH FOR COMMUNICATION II* | 2 |
5 | PBI10*** | BAHASA ASING | 2 |
6 | KK* **** | KOKURIKULUM | 3 |
7 | CSF10203 | FUNDAMENTALS OF COMPUTER SYSTEMS | 3 |
8 | CSF12403 | OBJECT ORIENTED PROGRAMMING | 3 |
19 |
Bil | Kod baharu | Kursus | Jam Kredit |
---|---|---|---|
1 | CSF20403 | NETWORK AND SECURITY FUNDAMENTALS | 3 |
2 | CSF20303 | OPERATING SYSTEMS | 3 |
3 | CSF20103 | DISCRETE STRUCTURE AND APPLICATION | 3 |
4 | CSD23403 | SYSTEM ANALYSIS AND DESIGN | 3 |
5 | CSF21503 | DATABASE | 3 |
6 | CSF10103 | MATHEMATICS FOR COMPUTER SCIENCE | 3 |
18 |
Bil | Kod baharu | Kursus | Jam Kredit |
---|---|---|---|
1 | CSF20203 | ALGORITHMS DESIGN AND ANALYSIS | 3 |
2 | CSD23503 | WEB APPLICATION DEVELOPMENT | 3 |
3 | CSW20403 | INTERNET OF THINGS | 3 |
4 | CSW20103 | DISTRIBUTED COMPUTING SYSTEM | 3 |
5 | CSW23303 | MOBILE COMPUTING | 3 |
6 | FREE MODULE I | 3 | |
18 |
Bil | Kod baharu | Kursus | Jam Kredit |
---|---|---|---|
1 | CSF30103 | SOCIAL AND PROFESSIONAL ETHICS | 3 |
2 | CSF35304 | FINAL YEAR PROJECT I* | 4 |
3 | CSW33903 | WEB SERVICES | 3 |
4 | CSW34003 | CLOUD COMPUTING | 3 |
5 | CSW30303 | INTERNET PROGRAMMING FRAMEWORK | 3 |
6 | FREE MODULE II | 3 | |
19 |
* Prasyarat : CSF 35104 has taken all the core and specialization courses until Year 2
Bil | Kod baharu | Kursus | Jam Kredit |
---|---|---|---|
1 | CSF35503 | ARTIFICIAL INTELLIGENCE | 3 |
2 | CSF35404 | FINAL YEAR PROJECT II* | 4 |
3 | CSW34103 | BUSINESS INTELLIGENCE | 3 |
4 | CSW30203 | SPECIAL TOPICS IN INTERNET COMPUTING | 3 |
5 | FREE MODULE III | 3 | |
6 | FREE MODULE IV | 3 | |
19 |
Bil | Kod baharu | Kursus | Jam Kredit |
---|---|---|---|
1 | CSF45512 | Industrial Training* | 12 |
12 |
*Pre requisite :
CSF40112 is passed all courses
- Mendapat sekurang- kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat STPM
DAN - Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana DUA(2) mata pelajaran pada peringkat STPM tidak termasuk Pengajian Am
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran berikut pada peringkat STPM
- Mathematics(T) / Mathematics(M)
- Information and Communication Technology / Physics / Chemistry / Biology
ATAU - Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM
- Mathematics / Additional Mathematics
- Science / Physics / Chemistry / Biology / Additional Science / Lukisan Kejuruteraan / Reka Cipta / Sains Komputer / Grafik Komunikasi Teknikal / Produksi Multimedia / Grafik Berkomputer / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
DAN - Mendapat sekurang-kurangnya MUET Tahap 2 (BAND 2)
- Mendapat sekurang- kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat Matrikulasi / Asasi
DAN
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Mathematics pada peringkat Matrikulasi / Asasi
ATAU
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM
- Mathematics
- Science / Physics / Chemistry / Biology / Additional Science / Lukisan Kejuruteraan / Reka Cipta / Sains Komputer / Grafik Komunikasi Teknikal / Produksi Multimedia / Grafik Berkomputer / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
DAN - Mendapat sekurang-kurangnya MUET Tahap 2 (BAND 2)
- Mendapat sekurang- kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat Diploma dalam bidang Sains Komputer / Kejuruteraan Perisian / Teknologi Maklumat / Sistem Maklumat / Rangkaian Komputer / Pengaturcaraan / Komputeran Internet / Pembangunan Perisian / Sains Data / Kejuruteraan Elektrik / Elektronik / Kejuruteraan Komputer / Matematik / Matematik Komputeran/ Kejuruteraan / Diploma dalam bidang berkaitan.
ATAU - Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM) daripada salah satu bidang Teknologi Sistem Komputer Dan Rangkaian / Multimedia Kreatif (Animasi) / Reka bentuk Grafik Industri (Media Cetak) / Sistem Pengurusan Pangkalan Data Dan Aplikasi Web.
DAN - Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
DAN - Mendapat sekurang-kurangnya Gred C Matematik pada peringkat SPM
DAN - Mendapat sekurang-kurangnya MUET Tahap 2 (BAND 2)
- Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan pada peringkat STAM
DAN - Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM
- Mathematics / Additional Mathematics
- Science / Physics / Chemistry / Biology / Additional Science / Lukisan Kejuruteraan / Reka Cipta / Sains Komputer / Grafik Komunikasi Teknikal / Produksi Multimedia / Grafik Berkomputer / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
DAN - Mendapat sekurang-kurangnya MUET Tahap 2 (BAND 2)
Jangkamasa program ini adalah tiga (3) tahun setengah yang terdiri daripada enam (6) semester biasa dan enam (6) bulan Latihan Industri.