Fakulti Informatik dan Komputeran secara rasminya telah diluluskan penubuhannya pada Jun 2006 oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Fakulti ini ditubuhkan dengan menaiktaraf Pusat Teknologi Maklumat, Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Pusat Teknologi Maklumat ini ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Jun 1997. Beberapa program akademik berkaitan dengan bidang ICT telah dijalankan pada ketika itu meliputi:

  1. Diploma Teknologi Maklumat
  2. Diploma Teknologi Maklumat [Multimedia]
  3. Sijil Teknologi Maklumat
  4. Sijil Teknologi Multimedia
  5. Sijil Pengaturcaraan Komputer
  6. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kerjasama dengan Universiti Malaya)
  7. Ijazah Sarjana Muda Sains Sistem Maklumat Perniagaan (Kerjasama dengan University of East London)

Fakulti Informatik dan Komputeran kini diterajui oleh seorang Dekan dengan dibantu oleh tiga orang Timbalan Dekan dan tiga orang Ketua Pusat Pengajian. Terdapat tiga pusat pengajian di Fakulti Informatik dan Komputeran yang telah diluluskan oleh Senat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), iaitu Pusat Pengajian Sains Komputer, Pusat Pengajian Teknologi Maklumat dan Pusat Pengajian Multimedia. Aktiviti teras fakulti terdiri daripada pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan serta khidmat masyarakat.

Pada masa ini, Fakulti Informatik dan Komputeran menawarkan tujuh program akademik berkaitan dengan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT):

PeringkatKategoriNo. MQA

Doktor Falsafah dan Sarjana

i. Doktor Falsafah (Sains Komputer)
ii. Doktor Falsafah (Matematik)
iii. Doktor Falsafah (Statistik)
iv. Sarjana Sains (Sains Komputer)
v. Sarjana Sains Matematik
vi. Sarjana Teknologi Maklumat (Pengurusan Informatik)
 
 
 
 
 
MQA/PA5124

Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian

i. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) Dengan Kepujian
ii. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer) Dengan Kepujian
iii. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Internet) Dengan Kepujian
iv. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Informatik Media) Dengan Kepujian
MQA/PA9641
MQA/FA0516
MQA/PA2934
MQA/PA5123

Diploma

i. Diploma Teknologi Maklumat
ii. Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia)
MQA/PA9642
MQA/PA9643

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 23/09/2020 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin